hanya insan biasa

Di zaman moden ini,aku memilih untuk menjadi gadis biasa yang bercita-cita untuk menjadi hambaNya yang memegang title solehah tapi aku tahu ianya sukar tetapi pengakhirannya manis. Jika mampu jadilah pohon di bukit yang tinggi,jika tidak cukuplah sekadar menjadi rumput tapi biarlah rumput yang paling hijau di muka bumi.

Tuesday, April 16, 2013

qailullah

Assalamualaikum,saya mulakan bicara tinta saya dengan lafaz bismillah

kita selalu cakap
"jap lah nk tido dalam 15 minit sebelum zohor"
"nak qailullah(tidur sebentar pada siang hari)

Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)



tapi pernahkah terfikir biasanya orang qailullah ni niatnya untuk bangun ditengah malam untuk tahajud tetapi berapa ramai termasuk diri saya yg mampu untuk bangun bagi melaksanakannya?emm


Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Tidur sebentar di siang hari dapat membantu kita untuk menyegarkan semula tubuh badan bagi meneruskan kembali rutin harian kita.Biasanya selepas kita bangun dari qailullah,kepala kita akan berasa sedikit pening.Nah!tahukah anda tidur siang juga dikatakan mampu mengelakkan sakit jantung..

Pada zaman Rasulullah sendiri sudah mengamalkan qailullah ini sebelum para saintis sibuk membuat kajian tentang kebaikan tidur sebentar ini..Nampak tak wahai sahabat semua bahawa Rasulullah sendiri sudah tahu kebaikan mengamalkan qailullah ini..Jom kita pakat ramai-ramai untuk melakukan qailullah

Saya adalah insan biasa yang sering melakukan khilaf,
maaf andai ada kekurangan dan salah dalam entri saya ini kerana saya juga bergelar 'budak baru belajar'
sekadar berkongsi sedikit ilmu yang ada didada ini~

No comments:

Post a Comment