Assalamualaikum
Saya mulakan bicara tinta saya ini dengan lafaz bismillah
Ingin saya berkongsi sedikit ilmu didada ini mengenai 6 wasihat imam Ghazali
- Bila kita melihat orang jahil,anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan,sedangkan kita berdosa dalam keadaan mengetahuinya
- Bila berjumpa kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum dibebani dosa
- Bila berjumpa dengan orang tua pula anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadat dan bertaubat daripada kita
- Bila berjumpa dengan orang alim anggaplah mereka lebih mulia kerana banyaknya ilmu dan ibadat mereka
- Bila berjumpa dengan orang jahat jangan anggap kita mulia tetapi katakan mungkin orang itu akan bertaubat pada masa tuanya sedangkan kita belum tentu bagaimana akhirnya kehidupan kita
- Bila bertemu dengan orang kafir katakan belum tentu dia akan kafir selama-lamanya
No comments:
Post a Comment