hanya insan biasa

Di zaman moden ini,aku memilih untuk menjadi gadis biasa yang bercita-cita untuk menjadi hambaNya yang memegang title solehah tapi aku tahu ianya sukar tetapi pengakhirannya manis. Jika mampu jadilah pohon di bukit yang tinggi,jika tidak cukuplah sekadar menjadi rumput tapi biarlah rumput yang paling hijau di muka bumi.

Saturday, April 20, 2013

Jom Baca!cafe cinta bersama ustazah fatimah syarha~berbicara mengenai cinta

Assalamualaikum
Apa khabar sahabat-sahabat?sobahalkhair ya ukhti wa akhi?ni ho ma?
sahabat-sahabat saya yang saya hormati dan sentiasa saya doakan agar sahabat semua sentiasa dibawah lindunganNya

Hari ini,disaat ini saya kepingin bangat(nah!keluar sekali bahasa Indonesia :)
Dengan penuh rasa pengharapan saya berharap sangat agar saudara dan saudari semua meluangkan sedikit masa anda...Ya,Ya saya tahu masa itu emas.Pepatah arab ada mengatakan masa akan memotong kita kalau kita tak memotongnya!..tapi,insyaAllah masa anda tidak akan sia-sia bahkan banyak iktibar yang akan anda dapat..Jom sama-sama kita muhasabah diri.Bagi yang pernah larut dalam cinta monyet(emm..polik den kenapa mesti monyet,kena cari sebabnya ni :p)jangan risau Allah maha penyanyang buktinya Allah temukan kita semua dengan pengkongsian ustazah Fatimah Syarha ni supaya kita muhasabah kembali.Bagi yang single percayalah anda tak pernah single sebab Allah sentiasa ada.
Yang baik datangnya dari Allah yang buruk datangnya dari diri saya sendiri..Maafkan saya jika ada tulisan saya ini mengguris hati anda semua kerana saya juga manusia biasa..Jom kembali kepada agama Allah! :)

Tuesday, April 16, 2013

qailullah

Assalamualaikum,saya mulakan bicara tinta saya dengan lafaz bismillah

kita selalu cakap
"jap lah nk tido dalam 15 minit sebelum zohor"
"nak qailullah(tidur sebentar pada siang hari)

Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)



tapi pernahkah terfikir biasanya orang qailullah ni niatnya untuk bangun ditengah malam untuk tahajud tetapi berapa ramai termasuk diri saya yg mampu untuk bangun bagi melaksanakannya?emm


Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Tidur sebentar di siang hari dapat membantu kita untuk menyegarkan semula tubuh badan bagi meneruskan kembali rutin harian kita.Biasanya selepas kita bangun dari qailullah,kepala kita akan berasa sedikit pening.Nah!tahukah anda tidur siang juga dikatakan mampu mengelakkan sakit jantung..

Pada zaman Rasulullah sendiri sudah mengamalkan qailullah ini sebelum para saintis sibuk membuat kajian tentang kebaikan tidur sebentar ini..Nampak tak wahai sahabat semua bahawa Rasulullah sendiri sudah tahu kebaikan mengamalkan qailullah ini..Jom kita pakat ramai-ramai untuk melakukan qailullah

Saya adalah insan biasa yang sering melakukan khilaf,
maaf andai ada kekurangan dan salah dalam entri saya ini kerana saya juga bergelar 'budak baru belajar'
sekadar berkongsi sedikit ilmu yang ada didada ini~

Thursday, April 4, 2013

Assalamualaikum
Saya mulakan bicara tinta saya ini dengan lafaz bismillah
Ingin saya berkongsi sedikit ilmu didada ini mengenai 6 wasihat imam Ghazali
  • Bila kita melihat orang jahil,anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan,sedangkan kita berdosa dalam keadaan mengetahuinya
  • Bila berjumpa kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum dibebani dosa
  • Bila berjumpa dengan orang tua pula anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadat dan bertaubat daripada kita 
  • Bila berjumpa dengan orang alim anggaplah mereka lebih mulia kerana banyaknya ilmu dan ibadat mereka 
  • Bila berjumpa dengan orang jahat jangan anggap kita mulia tetapi katakan mungkin orang itu akan bertaubat pada masa tuanya sedangkan kita belum tentu bagaimana akhirnya kehidupan kita
  • Bila bertemu dengan orang kafir katakan belum tentu dia akan kafir selama-lamanya