hanya insan biasa

Di zaman moden ini,aku memilih untuk menjadi gadis biasa yang bercita-cita untuk menjadi hambaNya yang memegang title solehah tapi aku tahu ianya sukar tetapi pengakhirannya manis. Jika mampu jadilah pohon di bukit yang tinggi,jika tidak cukuplah sekadar menjadi rumput tapi biarlah rumput yang paling hijau di muka bumi.

Tuesday, May 21, 2013

I love you Allah:cara expresi cinta pada Allah

Assalamualaikum
Sobahal khai?ni ho ma?apa khabar dengan iman kita hari ini?
semoga sahabat semua sihat walafiat hendakNya

Tajuk yang sangat menarik iaitu cara untuk expresi cinta pada Allah~
kepada generasi kemenangan yang telah dijanjikan Allah,
kita semua pasti mempunyai perasaan benci,perasaan benci itu fitrah tetapi jika tidak dihandle dengan baik ia pasti menjadi fitnah.Apa sahaja dugaan yang melanda gagahkan diri kita untuk tersenyum manis semanis gula
bak kata orang kurangkan manis dalam minuman lebihkan manis dalam senyuman :) tak gitu sahabat semua.

  Tanda kita nak expresi cinta kita terhadap Allah ialah terima apa sahaja dugaan dengan tenang.Kebanyakkan kita lebih memilih untuk membenci masalah itu sehingga kita memberontak pada Allah dan berkelahi kepada Allah~~sungguh tak malu kita,atau istilah yang lebih tetap orang yang tidak mengenang budi,emm muhasabah bersama.kita sanggup tidur habis-habisan berhari-hari lamanya sehingga meninggalkan solat fardu.Nah! cuba kita fikir adakah solusi akan hadir dalam mimpi kita tanpa usaha?Jangan kita menyimpan rasa benci dengan takdir Allah.''why me?''kenapa aku yang harus melaluinya,kenapa?kenapa?''.Inilah ungkapan yang sering meniti di bibir-bibir manusia.Walaupun kita lahir dalam agama islam tetapi kita akan tetap rasa bersendirian ketika menghadapi masalah jika kita tidak kenal Allah,seperti kata pepatah tak kenal maka tak cinta.

  Cuba saat ini kita termenung seketika dan soal diri kita.Allah dah banyak bagi nikmat hari-hari,setiap denyut nadi kita tapi kita tak pernah cakap ''kenapa aku diberi nikmat begitu banyak?''kita sering lupa nak puji Allah kaw-kaw punya!Bila kita diuji sikit dari Allah kita mudah menghamburkan rasa benci pada Allah.Bukannya dugaan datang hari-hari.Cuba kita perhatikan sekali-sekala sahaja pokok tumbang ketika hujan bukannya setiap kali hujan turun pokok akan jatuh menyembah bumi.Kita kena terima hidup ini PASTI akan ada masalah.Semakin kita lari dari masalah semakin bermasalah kita.Walaupun kita  "terseliuh,jatuh,patah sana sini"kita haruslah bangkit!Rasa benci itu fitrah dan perlulah disalurkan mengikut kaedah barulah tidak jadi fitnah tetapi jadi barokah.

  Antara perkara yang Allah benci adalah kekufuran

  Selain itu,Allah benci kelalaian dan maksiat.Jngan pula kita pakat-pakat pula benci pelaku maksiat.Kita kena didik bukan herdik,kita kena terang bukan serang.Kita perlu benci dosa bukan orang yang buat dosa,kita benci kekafiran tetapi bukan orang kafir.Pandanglah pada sudut yang betul kawan!Sebagai da'ie semakin besar dosa seseorang termasuk kita semakin besar perasaan kasihan kita.Bukannya kita yang menjadi orang pertama yang selak aib dia.Ingat ini bukan akhlak orang beriman.Astaghfirullah,ampuni lah dosa hambaMu ini.

  Baik sugguh Allah!Allah masih tetap bersifat Ar-Rahman(Maha penyayang)Allah bagi kita ruang,rezeki,buka pintu taubat,Allah tunggu kita supaya kita sedar betapa kasihnya Allah terhadap kita.
Subhanallah!

  Kita kata kita cinta Allah tapi kita benci tidak jadual harian kita yang laghoh?

  Tergamak kah kita sibuk bergwiyomi dan bergangnam style.emm fikir-fikirkan lah

  Saya terpanggil untuk berkongsi post ini hasil perkongsian daripada ustazah fatimah syarha di radio ikim setiap hari selasa pukul 10 malam.Kebanyakkan maklumat ini adalah perkongsian ilmu daripada penulis buku ustazah fatimah syarha,dan saya rasa ingin berkongsi kepada kalian~sharing is caring :)
sebenarnya panjang lagi dan banyak lagi ilmu yang dikongsikan oleh ustazah fatimah syarha tapi ini yang sempat saya coretkan.wassalam



Saturday, April 20, 2013

Jom Baca!cafe cinta bersama ustazah fatimah syarha~berbicara mengenai cinta

Assalamualaikum
Apa khabar sahabat-sahabat?sobahalkhair ya ukhti wa akhi?ni ho ma?
sahabat-sahabat saya yang saya hormati dan sentiasa saya doakan agar sahabat semua sentiasa dibawah lindunganNya

Hari ini,disaat ini saya kepingin bangat(nah!keluar sekali bahasa Indonesia :)
Dengan penuh rasa pengharapan saya berharap sangat agar saudara dan saudari semua meluangkan sedikit masa anda...Ya,Ya saya tahu masa itu emas.Pepatah arab ada mengatakan masa akan memotong kita kalau kita tak memotongnya!..tapi,insyaAllah masa anda tidak akan sia-sia bahkan banyak iktibar yang akan anda dapat..Jom sama-sama kita muhasabah diri.Bagi yang pernah larut dalam cinta monyet(emm..polik den kenapa mesti monyet,kena cari sebabnya ni :p)jangan risau Allah maha penyanyang buktinya Allah temukan kita semua dengan pengkongsian ustazah Fatimah Syarha ni supaya kita muhasabah kembali.Bagi yang single percayalah anda tak pernah single sebab Allah sentiasa ada.
Yang baik datangnya dari Allah yang buruk datangnya dari diri saya sendiri..Maafkan saya jika ada tulisan saya ini mengguris hati anda semua kerana saya juga manusia biasa..Jom kembali kepada agama Allah! :)

Tuesday, April 16, 2013

qailullah

Assalamualaikum,saya mulakan bicara tinta saya dengan lafaz bismillah

kita selalu cakap
"jap lah nk tido dalam 15 minit sebelum zohor"
"nak qailullah(tidur sebentar pada siang hari)

Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)



tapi pernahkah terfikir biasanya orang qailullah ni niatnya untuk bangun ditengah malam untuk tahajud tetapi berapa ramai termasuk diri saya yg mampu untuk bangun bagi melaksanakannya?emm


Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Tidur sebentar di siang hari dapat membantu kita untuk menyegarkan semula tubuh badan bagi meneruskan kembali rutin harian kita.Biasanya selepas kita bangun dari qailullah,kepala kita akan berasa sedikit pening.Nah!tahukah anda tidur siang juga dikatakan mampu mengelakkan sakit jantung..

Pada zaman Rasulullah sendiri sudah mengamalkan qailullah ini sebelum para saintis sibuk membuat kajian tentang kebaikan tidur sebentar ini..Nampak tak wahai sahabat semua bahawa Rasulullah sendiri sudah tahu kebaikan mengamalkan qailullah ini..Jom kita pakat ramai-ramai untuk melakukan qailullah

Saya adalah insan biasa yang sering melakukan khilaf,
maaf andai ada kekurangan dan salah dalam entri saya ini kerana saya juga bergelar 'budak baru belajar'
sekadar berkongsi sedikit ilmu yang ada didada ini~

Thursday, April 4, 2013

Assalamualaikum
Saya mulakan bicara tinta saya ini dengan lafaz bismillah
Ingin saya berkongsi sedikit ilmu didada ini mengenai 6 wasihat imam Ghazali
  • Bila kita melihat orang jahil,anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan,sedangkan kita berdosa dalam keadaan mengetahuinya
  • Bila berjumpa kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum dibebani dosa
  • Bila berjumpa dengan orang tua pula anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadat dan bertaubat daripada kita 
  • Bila berjumpa dengan orang alim anggaplah mereka lebih mulia kerana banyaknya ilmu dan ibadat mereka 
  • Bila berjumpa dengan orang jahat jangan anggap kita mulia tetapi katakan mungkin orang itu akan bertaubat pada masa tuanya sedangkan kita belum tentu bagaimana akhirnya kehidupan kita
  • Bila bertemu dengan orang kafir katakan belum tentu dia akan kafir selama-lamanya

Friday, February 1, 2013

salam ukhwah dihulurkan

Assalamualaikum
blog sebarkancintamu ini di wujudkan adalah bertujuan untuk berkongsi dan bertukar ilmu dikalangan ahli-ahli blogger..salam ukhwah dihulurkan